RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran           :   Bahasa Melayu
Tahun                          :   6 Merah
Bil. Murid                    :   22 orang
Tema                           :   Kemahiran Diri
Tajuk                           :   Klik! Klik! Klik!
Tarikh                          :   28 Mac 2012
Masa                            :   7:40-8:40am
Objektif                       :    Pada akhir pelajaran murid-murid dapat:-

     1)    Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul. (5.1)
     2)    Memahami perkataan, rangkai kata dan ayat yang dibaca.(5.1) Aras 1(iii)
     3)    Menggariskan 4 ayat dalam petikan dan menyatakan nilai murninya serta membuat ulasan.(11.2) Aras 1(iii)
    Fokus Utama   :
1 1.2   Mengulas karya bukan sastera dari aspek penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana,
          nilai dan pengajaran.
          Aras 1(ii)  Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dan
          pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca. 
    Fokus Sampingan   :
    5.1   Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
        memahami perkara yang dibaca.
         Aras 1(ii)   Memahami perkataan, rangkai kata dan ayat yang dibaca.
         Kemahiran Bahasa             :   Membaca dan menulis
         Sistem Bahasa                    :   Tatabahasa - Perluasan subjek dan predikat
                                                        Kosa Kata – terburu-buru, nyawa, mendengar penerangan
         Ilmu                                     :   Kemahiran Hidup
         Nilai Murni                           :   Keberanian
         Kemahiran Bernilai Tambah   :
         Kemahiran Berfikir                  :   Meringkaskan
         Belajar Cara Belajar                :   Mendengar aktif, menghafal,berbincang
         Kecerdasan Pelbagai              :   Kinestetik



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

      Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
      Gambaran mengenai tajuk pembelajaran “Nilai Murni”
Set Induksi (5 minit)
       1.     Guru menunjukkan gambar tentang nilai kepada murid.
       2.    Guru menyoal kepada murid tentang gambar tersebut dengan tujuan supaya murid menyebut nilai yang terdapat di dalam gambar.


KB:
Menghubungkaitkan
BCB:
Mendengar aktif
BBB:
Slide power point
Ilmu :
P.Moral
        Cara-cara menjawab Bahagian C
Langkah 1 (10 minit )
       1.    Guru menerangkan kepada murid cara-cara hendak menjawab soalan bahagian C dengan menggunakan slide power point.
        2.    Guru bersoaljawab dengan murid tentang cara-cara menjawab bahagian C.
       3.    Guru memberi peluang kepada murid untuk bertanya guru tentang cara-cara menjawab bahagian C sehingga faham.


KB:
Mengimbas kembali
BCB:
Mendengar aktif
BBB:
Slide power point
             Rangka Jawapan Bahagian C
Langkah 2 (5 minit)
       1.    Guru meminta murid membaca rangka jawapan bahagian C secara kuat.
       2.    Guru meminta 2 orang murid bangun  menghafal rangka jawapan bahagian C. (Untuk perhatian, rangka jawapan bahagian C ini kebanyakan murid telahpun dapat menghafalnya)

KB:
Mengimbas kembali
Menghubungkait
BCB:
Menghafal
BBB:
Slide power point





Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
       Petikan yang terkandung nilai murni.
       (rujuk buku teks BM Tahun 6 m/s 48)
Langkah 3 (10 minit)
     1.    Membaca kuat petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
      2.    Memahami perkara yang dibaca.
      3.    Guru membaca petikan dan meminta murid menggaris 4 ayat yang mengandungi nilai murni dalam petikan.
      4.    Murid diminta berfikir untuk mendapatkan  nilai murni yang sesuai dengan ayat yang digaris.

KB:
Penjanaan idea
BCB:
Berbincang
BBB:
Buku Teks BM Tahun 6
KP:

Nilai : Kerjasama
Ilmu:
Pendidikan Moral
           Membuat ulasan  menggunakan nilai murni yang diperolehi daripada petikan dengan memasukkan ke dalam rangka jawapan bahagian C
Langkah 4 (10 minit)
      1.    Murid membuat ulasan menggunakan nilai murni yang diperolehi daripada petikan dengan memasukan ke dalam rangka bahagian C.
      2.    Guru membimbing murid membuat ulasan nilai murni dengan cara yang betul.

KB:
Mengimbas kembali
BBB:
Lembaran kerja
Nilai:
Kerjasama
Ilmu:
Pendidikan Moral
         Latihan dalam kumpulan mencari nilai murni dan membuat ulasan.
Langkah 5 (10 minit)
      1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (3 kumpulan)
      2.    Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk mencari nilai murni dalam petikan dan membuat ulasan seperti yang telah dipelajari.
     3.    Guru bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan untuk memberi bimbingan kepada mereka.


KB:
Penjanaan idea
BCB:
Berbincang
BBB:
Lembaran kerja



Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
         Membentang Hasil Kerja Kumpulan
Langkah 6 (10 minit)
      1.    Ketua daripada setiap kumpulan tampil ke depan kelas membentang hasil tugasan.
      2.    Guru mendengar pembentangan murid akan membetulkan kesalahan jika ada.

KB:
Menghubungkait
BBB:
Lembaran kerja
Kerja rumah dan rumusan/kesimpulan.
Langkah 7 -Penutup (5minit)
      1.    Guru membuat mengedarkan kerja rumah.
      2.    Guru membuat rumusan/ kesimpulan tentang bahagian C

BBB:
Lembaran Kerja



















3 comments:

  1. Penulisan RPH ini boleh menjadi panduan kepada saya sekiranya saya diminta untuk mengajar Tahun 6. Sudah 18 tahun saya mengajar Tahun 1. Penat juga ya nak buat aktiviti untuk mereka...syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Che Embun, boleh sangat-sangat ambillah contoh rph saya ini untuk dijadikan panduan, bukannya elok sangat pun.

      Delete
  2. Bukan kira elok...kira berguna kepada murid...betul dak

    ReplyDelete